D20112055750

Monday 12 November 2012

Apa yang anda fahan tentang Sains ?

          Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita.

          Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi. Semua ini boleh difahami melalui kajian sains

         Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik. Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains. 

         Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita. Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita. 

9 comments:

  1. Nota yang jelas.

    ReplyDelete
  2. Nota yang menepati perkembangan semasa.

    ReplyDelete
  3. Baccarat - Live Dealer Craps for Real Money - FakeCasino
    Real money deccasino Baccarat is an online casino game which is powered by Microgaming, febcasino an industry leader in the online 샌즈카지노 gambling industry.

    ReplyDelete