D20112055750

Thursday 13 December 2012

Video - Haiwan bersaing makanan

Marilah kita bersama-sama menyaksikan video yang berkaitan dengan antara sekumpulan singa bersaing makanan dengan sekumpulan hyena – SPESIS BERLAINAN.



Cubalah latihan yang mencabar......

BAHAGIAN B
Jawab soalan-soalan berdasarkan pemerhatian yang diberikan.

Terdapat dua akuarium yang mengandungi ikan yang berbeza, Akuarium A mempunyai 4 ekor ikan dan akuarium B mempunyai 7 ekor ikan. Sebelum bercuti selama tiga hari, Suzy meninggalkan makanan ikan yang sama banyak di dalam kedua-dua akuarium itu. Selepas tiga hari, Suzy mendapati keadaan ikan di akuarium A kekal sama tetapi ikan yang di dalam akuarium B cedera akibat diserang oleh ikan lain.

1) Nyatakan akuarium yang mana berlakunya persaingan antara ikan.
    _________________________________________________________________________


2) Berikan satu sebab untuk jawapan anda di (1).
    _________________________________________________________________________


3) Nyatakan pemerhatian yang menunjukkan ikan yang dinyatakan di (1) bersaing antara satu sama lain.
   __________________________________________________________________________


4) Selain daripada faktor yang dinyatakan di (2), apakah faktor lain yang menyebabkan persaingan antara ikan di dalam akuarium B?
   _ __________________________________________________________________________


5) Apakan yang mungkin Suzy boleh lakukan untuk mencegah berlakunya keadaan di dalam akuarium B?
    ___________________________________________________________________________

Cubalah latihan ini......

BAHAGIAN A
Pilih jawapan yang betul daripada A, B, C dan D.

1) Apakah faktor yang menjadi persaingan haiwan?
     I   Pasangan membiak
    II  Tempat perlindungan
   III  Makanan
   IV  Udara
   A  I dan IV                                C  I, II dan IV
   B  I, II dan III                            D  II, III dan IV

2) Dua harimau sedang bersaing demi merampas makanan.
    Mengapakah persaingan itu berlaku?
    A  Kekurangan sumber makanan.
    B  Kerjasama antara hidupan.
    C  Pembiakan untuk melahirkan anak.
    D  Kemusnahan habitat haiwan.

3) Beluncas dan belalang hidup di habitat yang sama.
    Apakah faktor utama yang menyebabkan persaingan antara beluncas dengan belalang?
    A  Kekurangan ruang hidup.
    B  Memakan makanan yang sama.
    C  Jumlah cahaya matahari yang terhad.
    D  Pasangan membiak.

4) Bagaimanakah haiwan mengelakkan persaingan di sesuatu habitat?
    A  Menghasilkan bilangan anak yang terhad.
    B  Membunuh sesama sendiri untuk makanan.
    C  Haiwan daripada spesies yang berlainan hidup bersama.
    D  Berpindah ke habitat lain.

Tuesday 11 December 2012

Persaingan antara haiwan

1) Hidupan berinteraksi antara satu sama lain melalui kerjasama dan persaingan.

2) Haiwan yang sama spesies dan yang berlainan spesies bersaing antara satu sama lain.

3) haiwan bersaing untuk:
    (a) makanan









    (b) pasangan








  (c) air





 



  (d) tempat perlindungan









 (e) ruang / wilayah









4) Haiwan bersaing:
   i) kerana sumber makanan yang terhad.
   ii) kerana sumber air yang terhad.
  iii) untuk mempertahankan anak.
  iv) untuk mencari wilayah atau tempat perlindungan.
  v) kerana memerlukan pasangan untuk membiak.